13 Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah Pertama

13 Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah Pertama | Sebelum merancang untuk membeli rumah, pembeli perlu mengetahui beberapa perkara asas seperti jenis rumah, kemampuan kewangan dan urusan jualbeli.

Terdapat sekitar 13 perkara asas yang perlu diberi tumpuan kepada bakal pembeli rumah pertama.

13 Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah Pertama


1. Jenis Rumah

Pembeli perlu tahu jenis rumah yang hendak dibeli, sama ada jenis bertanah seperti rumah teres, semi-D, banglo ataupun jenis bertingkat seperti apartmen dan kondominium.

Kriteria jenis rumah perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan pelbagai aspek lain seperti insurans, keselamatan, cukai tanah dan jenis perkhidmatan penyelenggaraan disediakan.

Bagi apartment dan kondominium, pembeli perlu mengetahui pihak yang bertanggungjawab menyelenggara bangunan seperti tangki air, lif, kolam renang dan paling penting kesanggupan membayar khidmat penyelenggaraan serta berkongsi kemudahan disediakan dengan penghuni lain.


2. Status Kewangan

Pembeli perlu mengukur keupayaan kewangan dengan mengambil kira pendapatan bersih selepas menolak bayaran termasuk bil sampingan.

Apa yang sering menjadi masalah ialah bakal pembeli enggan mendedahkan sumber kewangan sebenar mereka ketika berurusan dengan pihak pembiayai dan mengakibatkan mereka menghadapi masalah mendapatkan pinjaman serta ada yang kehilangan wang pendahuluan mereka.


3. Risiko

Pembeli perlu tahu dirinya sendiri sama ada pembeli berisiko tinggi, sederhana atau rendah. Pembelian rumah boleh diibaratkan seperti membuat pelaburan saham.

Sekiranya bakal pembeli pelabur berisiko tinggi maka mereka layak membeli rumah yang belum dibina ataupun sedang dalam pembinaan kerana berisiko projek berkenaan terbengkalai.

Jika enggan mengambil risiko tinggi, bolehlah beralih kepada rumah hampir siap atau sudah siap dengan sijil layak duduki. Perlu diingat juga harga rumah yang sudah siap tertakluk kepada nilai pasaran hartanah semasa.


4. Jenis Pelaburan

Pembeli harus tahu jenis pelaburan yang hendak dibuat dalam tempoh jangka panjang dan jangka pendek melalui pegangan tanah dimana bangunan kediaman berkenaan akan atau sudah siap dibina sepenuhnya.

Biasanya taraf tanah ada tiga iaitu pegangan bebas, pajakan ataupun rizab melayu yang hanya boleh dipindahmilik kepada orang melayu saja.

Rumah yang dibina atas tanah pegangan bebas mempunyai nilai pasaran, sama ada ketika masih dalam pembinaan atau sudah siap kerana hartanah itu boleh dijual bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja.

Bagi rumah yang dibina atas tanah rizab Melayu, perlu diketahui bahawa ia khas untuk bumiputera Melayu dan pembeli asal hanya boleh menjual kepada bumiputera melayu juga.


5. Terma Perjanjian

Pembeli perlu memahami secara amnya terma dan kandungan dalam Surat Perjanjian Jual Beli. Bakal pembeli digalakkan merujuk contoh salinan perjanjian jual beli daripada rakan atau ahli keluarga yang pernah membeli rumah bagi mempersiapkan diri jika menghadapi masalah atau mengelak tertipu.

Sebagai pembeli, kita harus memahami serba sedikit perkara asas berkaitan pembelian sesebuah rumah, agar masalah berbangkit dapat dihindari dan pembelian kita juga akan terjamin.


6. Modal memberi rumah pertama antara 15%-16% dari harga rumah yang dibeli.

(10% deposit + 3% S&P + 2.5% pinjaman + 0.25% penilaian)


7. Asasnya 90% pinjaman untuk rumah pertama. Tetapi ada bank yang menawarkan sehingga 95%. 100% dan 105% bergantung kepada pakej yang pihak bank tawarkan. 

(Ada skim rumah pertama yang BSN dan BR tawarkan)


8. Deposit 10% boleh datangnya dari KWSP anda. Boleh berunding dengan tuan rumah untuk tempoh menunggu. 


9. Bawa payslip ke mana-mana bank berhampiran untuk meminta pegawainya menghitung kelayakan gaji kita dan berapa harga rumah yang kita layak beli.


10. Buat sedikit kajian dan pastikan hartanah yang hendak dibeli itu mempunyai potensi seperti berdekatan dengan kemudahan awam dan fasiliti yang baik. 


11. Buat lawatan di lokasi hartanah pada dua waktu iaitu waktu siang dan waktu malam. Jika padat dengan orang, ada potensi untuk disewakan jika kita mahu meraih sedikit keuntungan. 

Jika padat dengan warga Nepal atau Bangladesh, nanti sukar kita nak tinggalkan. 


12. Cari rumah yang bersesuaian dengan margin gaji kita. Jangan beli rumah yang terlampau mahal harganya. 

Gaji Tahunan x 5.5 = Harga Rumah Kita


13. Jangan mudah jatuh cinta dengan satu hartanah. Lihat dan nilai 100 hartanah, lawat 10 dan beli1 sahaja. 

Berusahalah anak muda, kita bukan kerabat diraja. Kita rakyat jelata yang kena berusaha untuk mendapatkan rumah pertama. Caranya, mulakan dengan membawa payslip kita ke bank berhampiran untuk dinilai oleh pegawai bank.

Panduan ini asas sahaja. Moga dapat membantu mereka yang mahu membeli rumah pertama.

13 Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah Pertama 13 Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah Pertama Reviewed by Admin Media on Tuesday, October 17, 2017 Rating: 5

No comments