Info - Ketahui Nombor dan Tips Tayar Kederaan Anda

Info - Ketahui Nombor dan Tips Tayar Kederaan Anda | Tayar adalah nyawa kedua anda selepas brek...Tayar adalah komponen yang paling penting bagi sesebuah kenderaan. Jika ia rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan sekaligus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.. ikuti tip-tip yang diberikan kat bawah ni

Bagaimana untuk ketahui maklumat tarikh pengilangan tayar kereta? Lihat maklumat jadual dibawah untuk maklumat lanjut.

http://mediapadat.blogspot.com/2015/02/info-ketahui-nombor-dan-tips-tayar.html

tips penjagaan tayar anda

1 .Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..

Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);

2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma


Tips Keselamatan Tayar Kenderaan

Permukaan Tayar
Ia adalah bahagian utama tayar iaitu permukaan atasnya yang menyentuh permukaan jalan raya. Permukaan atasnya adalah bahagian kenderaan yang perlu memikul bebanan sehingga 50% berat keseluruhan kenderaan.

Bukan saja pemilihan tayar yang dilakukan perlu bersesuaian, aspek penyelenggaraan perlu dititik berat bagi memastikan tayar yang digunakan sentiasa dalam keadaan baik.

Ketebalan Tayar
Ketebalan tayar memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan pengguna di jalan raya. Ia kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan raya dapat menjamin cengkaman pada jalan raya. Pada masa sama, tekanan angin tayar perlu konsisten pada bacaan yang ditetapkan. Ia dapat memastikan jarak lebihan apabila kenderaan dibrek.

Tukar tayar kenderaan sebelum benang permukaannya haus atau nipis pada ukuran 1.6 millimeter. Bagi memudahkan pengguna mengetahui ketebalan tayar bersesuaian dengan ukuran yang tepat, Michelin membangunkan tayar yang dilengkapi dengan penentu ukuran ketebalannya.

Tayar Belakang
Ia adalah bahagian yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan stereng kenderaan. Oleh demikian, tindak balas yang ditunjukkan tayar belakang sukar diramalkan khususnya dalam situasi mengejut.
Pemilik kenderaan dinasihatkan sentiasa membuat pemeriksaan angin tayar dan struktur keupayaanya. Tekanan angin perlu mengikut ukuran yang ditetap, di mana ia berbeza untuk bahagian depan dan belakang.

Keseimbangan Tayar
Tayar yang seimbang dapat menggelakkan getah permukaannya cepat haus. Ia berperanan memastikan berat kenderaan diagihkan secara seimbang menerusi keempat-empat tayarnya. Selain itu, ia mengurangkan gegaran ketika pemanduan dan seterusnya menjamin keselesaan pengguna.

Pastikan keempat-empat tayar yang digunakan pada sentiasa seimbang bagi menjamin keselamatan & keselesaan pengguna jalan raya.

Tekanan Angin
Ukuran tekanan angin tayar yang tepat memastikan kawalan kenderaan lebih cekap dan efisien pada setiap masa.

Masalah bunga tayar cepat haus dapat dielakkan sekiranya tekanan anginnya dititik beratkan. Tekanan angin tayar yang rendah meningkatkan risiko untuk ia cepat rosak. Penggunaan angin berlebihan sehingga 20% memendekkan jangka hayatnya sehingga 10,000 kilometer sejam.

Buat pengetahuan pemilik kenderaan, tekanan angin yang tepat dapat menjimatkan penggunaan bahan api kenderaan.

Tekanan angin tayar termasuk tayar kelima perlu diperiksa setiap bulan atau sebelum perjalanan jauh. Ukuran tekanan angin tayar lebih tepat jika ia diambil dalam persekitaran sejuk. Ia kerana berat tayar bertambah antara 4-5 psi apabila panas.

Penutup Angin
Penutup angin tayar kenderaan dibangunkan daripada bahan berasaskan getah. Bahagian saluran bagi pengisian angin tayar penting dan perlu dipastikan saluran laluan angin ditutup setiap masa.

Tukar penutup angin setiap kali tayar ditukar. Ia adalah proses yang tidak mahal and kaedah itu hanya menggunakan kos rendah.

Keselarian Tayar
Pastikan tayar dan kenderaan sentiasa dipasang dalam keadaan selari. Sekiranya geometri suspensi kenderaan tidak mengikut ukuran yang ditetapkan, ia akan membahayakan keselamatan pemandu.

Bagi memastikan penggendalian kenderaan lebih cekap, perlindungan tayar lebih berkesan dan jaminan penjimatan minyak, Michelin mencadangkan sentiasa lakukan pemeriksaan keselarian khususnya jika keseimbangan tayar mula terjejas.

Membaiki Tayar
Langkah pertama yang perlu diambil bagi memperbaiki kerosakan tayar adalah dengan mendapatkan khidmat profesional. Ia kerana, keadaan sebenar bahagian dalam tayar dan kerosakan pada segmen itu hanya dapat ditentukan profesional. Selain itu, proses memperbaiki tayar perlu menggunakan bahan yang tepat, di mana ketepatan saiznya juga penting.

Bagi memastikan cadangan yang diberikan berhubung keadaan tayar tepat, pemilik kenderaan disaran mendapatkan khidmat pihak profesional

Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..

Share Lerrr Kepada Yang Lain....

Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua...

Info - Ketahui Nombor dan Tips Tayar Kederaan Anda Info - Ketahui Nombor dan Tips Tayar Kederaan Anda Reviewed by Unknown on Sunday, February 15, 2015 Rating: 5

1 comment

  1. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada > 40 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri, package service kereta san tayar motor pun ada...

    ReplyDelete