Kisah Dua Pemuda Dari Madinah Mabuk Semasa Bercuti

Kisah Dua Pemuda Dari Madinah Mabuk Semasa Bercuti

Kisah Dua Pemuda Dari Madinah Mabuk Semasa Bercuti | Arak merupakan ibu kepada kejahatan kerana apabila kita mabuk akibat arak kita tidak akan sedar apa yang kita lakukan.

Kisah ini di kongsikan oleh Ustaz Farid Ravi . Ianya berkisahkan tentang 2 orang pemuda Arab yang berasal daripada Madinah datang bercuti ke Turki.

Apa yang mengejutkan adalah, Imam Masjid di hotel berkenaan meminta mereka untuk mengimamkan solat Subuh, namun ketika itu mereka dalam keadaan mabuk kerana meminum arak pada malam hari sebelumnya.. Baca kisahnya..

Dua orang lelaki dari Madinah al-Munawarah bercuti ke Turki untuk rehat dan minum arak. Apabila kedua mereka tiba di Istanbul, mereka check in hotel, petugas di reception meminta alamat bagi tujuan pendaftaran, mereka menjawab;

“Kami dari Madinah al-Munawarah.” Petugas di kaunter pendaftaran itu sangat gembira mendengar kedua mereka dari Madinah, lalu di beri bilik yang luas dan view yang sangat cantik, kerana mereka berdua dari Madinah kota suci tempat bersemadinya kekasih kita Rasulullah saw.

Selepas masuk ke dalam bilik, kedua lelaki ini minum arak, salah seorang dari mereka minum sepuasnya, mabuk tak terhingga, seorang lagi separuh mabuk….

Tepat jam 4 pagi bilik mereka diketuk, salah seorang yang tak berapa mabuk dalam keadaan tak larat, membuka pintu lalu didapati seorang lelaki memberitahu:

“Selepas Imam kami mengetahui kamu berdua dari Madinah al-Munawarah, imam kami tidak mahu mengimamkan solat fajar, kerana ada orang arab dari Madinah di hotel ini,” kami harap saudara dapat imamkan kami”. Lelaki itu memberitahu dengan nada yg penuh harapan:

“Cepat-cepat turun yer, kami tunggu kat bawah.”

Lelaki yg mabuk itu kebingungan, lantas dikejutkanya kawan dia yang seorang lagi (mabuk sangat), sambil bertanya:” Engkau hafal al-Quran tak?”….

Tapi sayang, kawan dia dah macam mayat, tak sedar diri dek kerana mabuk. Selang beberapa minit, bilik hotel diketuk lagi, suara dari luar berkata:

“Cepat sikit tuan kami dah lama tunggu ni, jangan lambat nak syuruq dah ni…”.

Tanpa berlengah lelaki yang separuh mabuk, masuk bilik air mandi dan berwudu' lalu turun ke masjid untuk solat dengan penduduk setempat.

Ketika masuk ke dalam masjid lelaki itu sangat terkejut, kerana jemaah yang berkumpul untuk solat fajar seperti jemaah solat jumaat.

Kedatangan lelaki ini disambut dengan penuh kemulian, jemaah berbaris dan bersalam dengan penuh penghormatan, kerana pemuda ini datang dari Madinah al-Munawarah.

Pemuda itu mengimamkan solat fajar, rakaat pertama dan kedua dibacanya surah al-Ikhlas, kerana itu sahaja yang dihafalnya.

Selesai solat, sekali lagi jemaah salam dan berpeluk dgn pemuda tersebut. Peristiwa ini menjadikan kedua-dua mereka bertaubat dari minum arak.

Mereka memulakan kehidupan baru, dengan menpelajari agama, menghafal al-Quran. Alhamdulillah, kini kedua mereka menjadi pendakwah yang tersohor.

Maha Kaya Allah s.w.t. yg memberi peluang untuk manusia kembali ke pangkal jalan hidayah.

Kisah Dua Pemuda Dari Madinah Mabuk Semasa Bercuti Kisah Dua Pemuda Dari Madinah Mabuk Semasa Bercuti Reviewed by Unknown on Sunday, February 15, 2015 Rating: 5

No comments