Resepi Terbaik - Asam Pedas Ikan Parang



Bahan-bahan:-


  • Bahan Kisar
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kunyit hidup(Kalau takde, guna serbuk kunyit pun boleh)
  • Serai
  • Belacan ( sangai dulu atas api, cucuk je belacan tu guna garpu, buka api gas, letak sekejap)
  • Jintan Manis
  • Biji Ketumbar
  • Cili Merah
  • Cili kering
*Nak kisar terus dengan cili boleh, nak asing pun boleh. Macam saya, saya blend asing.
  • Daun kesom
  • Bunga Kantan
  • Air Asam jawa/Asam keping
  • Garam
  • Ikan Parang
  • Bendi
Cara-caranya.

1) Panaskan minyak. Lepas tu masukkan sikit biji ketumbar. Bila dah naik bau, masukkan bahan yang kisar tadi. Biar sampai naik bau dan garing sikit. 

2) Kemudian, masukkan cili kering yang kita dah kisar tu. Biar sampai pecah minyak.

3) Lepas tu, boleh masukkan air asam jawa atau asam keping. 

4) Bila dah mendidih, boleh masukkan ikan parang. 

5) Tengok ikan tu macam dah separuh masak, boleh terus masukkan Bendi, daun kesom dan bunga kantan.(saya masukkan lagi serai yang diketuk)

6) Perasakan dengan garam. 

7) Kalau ikan dah masak, boleh tutup api. Jangan biar lama sangat, nanti isi ikan tu hancur pula. Dan , dah siap!

Alhamdulillah, dapat pujian dari suami saya.. Beliau cakap, sedap.. Siap tanya, macam mana boleh agak garam ek. Kan puasa?.. hihi.. Ntahlah, saya main agak je. Alhamdulillah , cukup rasa smile emoticon

Tapi, nak makan kena hati-hati. Maklumlah ikan parang ni banyak tulang.. Sebenarnya nak beli Ikan tenggiri, tapi tersalah ikan. hihihi..

Video : 



Resepi Terbaik - Asam Pedas Ikan Parang Resepi Terbaik - Asam Pedas Ikan Parang Reviewed by Unknown on Wednesday, February 11, 2015 Rating: 5

No comments